A Day Full Of Laughter :)

Hye and Assalamualaikum :D



Hye kawan kawan sayang ;) buat apa tu ? dah makan dah ? hee :D Meh duduk dekat blog aku ni kejap sambil baca entry yang tak berapa best ni yang aku nak ceritakan kejap lagi . Jemput baca , jemput baca . jangan malu malu , haha :P

Harini , berapa hari bulan eh ? Cepat cepat , siapa dapat jawab , dapat cekelat cadbury . Alah , lambat lah korang ni jawab :P harini dah 4 November 2011 dah  :D Haa , tak dapat cekelat cadbury dah sebab aku dah jawab dulu , hikhik :P Woahh , empat hari dah kita terjah masuk dalam bulan November kan ? kejap betul masa berlalu .

Okay , tak nak merepek sambil makan kerepek dah . Meh , dengar story aku ni hah ;)

Harini , sekolah aku buat Hari Koku . Eh , apa tu Hari Koku ? Hari Koku tu Hari Kokurikulum lah , tu pun tarak tahu ka ? apa daaa :P

Best sangat sangat pergi sekolah harini tau . Err , actually best pergi sekolah tu bukan sebab ada Hari Koku tu but dapat bergelak ketawa sampai tak ingat dunia dengan kawan kawan ku sayang . Hahaha .

Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu ?

Yeah , sebab nya Hari Koku tahun ni sangat membosankan and tak se best macam last year and tahun tahun sebelum nya -.- Jahat kan aku ? Cikgu penat penat buat Hari Koku , aku kata Hari Koku tahun ni membosankan -.- Alaa , tapi memang betul pun sebab tahun ni langsung takda stall jual something yang boleh tarik perhatian aku nak pergi tengok and beli , lagi lagi stall makanan . Fuhh , best tau kalau satu kawasan sekolah tu penuh dengan stall makanan , tak kiralah makanan yang heavy ke or just snack . Unfortunately , tahun ni satu stall yang jual makanan pun takda , yang ada tu hah , kantin . Haiyooo ! tak semangat terus wa nak pergi makan , heh -.- # nampak sangat yang aku ni kuat makan kan ? hahaha .

But yeah , nasib baik lah Karangkraf datang sekolah , buat sesi berjual beli novel and magazine dengan budak  - budak sekolah yang comel dan hensem dekat sekolah ni hah . So , ada lah jugak tempat nak menyinggah kan ? haha . Tadi banyak juga lah novel - novel yang best and menarik perhatian . So , apa lagi ? Sambar lah satu kan . Hee ;) Nak tahu novel apa yang aku beli ? Ni hah , tengok bawah ni :D


Novel ni dapat discount , hiu hiu hiu . Dari RM 25.90 jadi RM 21 .

Yes , Novel Sayangku Casper . Novel ni cerita pasal apa ? Apa jalan ceritanya ? Heh , sorry lah , aku pun tak tahu apa cerita yang disampaikan dalam Novel Sayangku Casper ni , sebabnya aku tak baca pun lagi apa isi nya , yang dah baca nya pun , sinopsis dia je . Tadi time tengah usha mengusha novel , tetiba nampak yang ni then bila baca sinopsis , tetiba rasa semangat nak keluarkan duit even time tu dah tahu duit cukup cukup makan je -.- # sanggup pula aku lesapkan duit semata mata nak beli novel -.-

Oh ya , yang bawah ni pulak , novel yang kawan aku , Zira beli . Tengok bawah ni hah :)

Comelkan tajuk novel ni , hihi . Korang pernah makan tak roti cicah susu ? :D

Then , after dah melesapkan duit sebanyak RM 21.00 , kitorang pun melanda kebosanan yang melampaui batas sebab tak tahu nak buat apa dah . nak masuk mini zoo , dengar je ada katak , ada ular , terus no , no , no , taknak , taknak . Haha , penakut betul -.-

So ,  nak hilangkan rasa bosan , aku and kawan kawan aku pun main lah cak cak dengan camera . Haha , boleh pula kitorang main cak cak dengan camera kan ? well , kitorang kan serba boleh , kui kui kui :P sampai habis program , kitorang main cak cak dengan camera tau . sepanjang panjang kitorang buat sesi cak mengecak bersama camera tu , sepanjang panjang tu jugak lah kitorang gelak kuat kuat macam orang gila sampai satu kantin boleh dengar suara kitorang bergelak ketawa . Ya Allah , tak sopan betul anak dara berempat ni kan ?  -.- malu malu , taknak mengaku siapa empunya diri lah -..-

Oh ya , gambar tak boleh disiarkan lagi  buat masa ini . Ianya kerana gambar gambar gila kami semua ada di dalam camera kawan ku . Jikalau dah dapat gambar gambar nanti , kalau ada kesempatan aku update ya ? Tetapi , aku tidak janji tahu . Err , maaf . # Yih , terasa sungguh lawak bila cakap dengan gaya baku macam tu , sakit perut gelak , haha .

Anyway , thanks to Zira , Hani and Fazira sebab buat aku gelak non-stop satu hari dekat sekolah . Hihi  <3

Okay lah . Penat dah menaip panjang - panjang , so , macam biasa lah . Hee , byebye and Assalamualaikum :D

2 comments:

Fatin Ilhani said...

sama sama awak :)

fyqashfqh said...

hee , okay awak :) tak sabar nak outing sama-sama :')