Singapore Trip - Part 2

Hello and Assalamualaikum :D

Yeahh , Part 1 dah pun selesai , so , jom sambung dengar cerita dalam Part 2 . Thanks kepada sesiapa yang bazirkan masa menunggu aku update Part 2 ni , hikhik :D

Second day dekat sana , kitorang satu family luangkan masa sehari suntuk dekat USS . Eh , apa tu USS ? USS tu Universal Studio Singapore lah , tempat di mana semua masyarakat setempat mahupun masyarakat tak setempat pergi menghiburkan diri . kihkih .

Oh ya , untuk korang yang nak sangat pergi ataupun dah pun merancang nak pergi Universal Studio tu, aku advise kan korang spend kan lah satu hari tu untuk bersuka ria dalam Universal Studio tu sahaja sebabnya if dalam satu hari tu , korang dah list kan harini nak pergi tempat tu tempat ni tempat sana tempat sini , err , maksud aku dalam satu hari punya list tu korang dah listkan beberapa tempat selain USS , tak payah lah ya sebabnya memang takkan sempat korang nak pergi semua tempat yang korang dah list kan tu :) nak tau kenapa ? hee , sebabnya kalau korang dalam USS tu akan muncul lah rasa teringin nak main all the games yang best best dalam tu , so , bila dah seronok main all the games dalam tu , memang sampai malam lah korang duduk , berdiri , melompat , menjerit dalam tu kan ? Oh , aku cakap ni atas pengalaman aku sendiri bila dah sampai USS tu , taktahu lah if di antara korang yang dah pernah pergi sana boleh minimum kan masa seminimumnya dalam USS tu and pergi ke tempat - tempat menarik yang lain dalam satu hari . Oh ya lagi satu , if nak pergi USS tu jangan pergi weekend tau sebab if pergi weekend USS tu very crowded . 

Haa , yang sibuk menanya USS tu best ke tak , bagi aku USS ni memang best and lagi best dari Genting Highland sebab if Genting Highland , nak main game tu kena bayar dulu , if tak bayar tak boleh main but Universal Studio ni tak , korang just beli ticket untuk masuk dalam tu je , if naik main game , korang tinggal beratur tunggu giliran je , tak payah susah susah nak pergi ambil token dulu lah apa lah , hee .

Oh , haritu ada someone tanya ticket nak masuk USS ni berapa ? Haa , meh nak bagitau . Ticket for one adult SGD 74 and for one children SGD 54 .  Err , mahal gila kan ? Tapi , nak buat macam mana kan , semua theme park sama je harga tiket nya , manada theme park jual tiket murah murah , right ? Ehem , lagi satu , if korang ni jenis yang malas sangat nak tunggu lama - lama for one games or live show tu , korang boleh lah beli ticket Universal Express but yeah , ticket Universal Express ni lagi mahal lah from ticket yang biasa tu .

sementara Universal Studio tu bukak , kitorang jalan - jalan kejap dekat Merlion Plaza , belakang tu ada Merlion besar but Merlion tu not the original one . Korang boleh masuk dalam Merlion tu but perlukan duit  if nak masuk :)  

haa , ni dia lambang keramat Universal Studio , besar kan ? dekat situ semua manusia tak kira lah dari planet mana sekali pun berebut rebut nak tangkap gambar .

woohoo ! sampai sudah . tadaa , ni lah Hollywood Street . bila korang masuk je USS ni , Hollywood Street ni lah tempat yang first korang akan jumpa and time balik pun ni lah tempat yang last korang jejak . dekat Hollywood Street ni lah korang akan jumpa maskot - maskot yang unik lagi comel lagi hensem lagi menawan , hihi . 

ni pulak Universal Studio Store . Dekat situ , korang boleh lah shopping baju , keychain and toys but yeah kena ada duit banyak lah kan sebab nya souvenier dalam marchandise ni semua nya mahal - mahal .

ni dia nama - nama tempat dalam USS ni . Ada Hollywood Street , New York Street , Sci - Fi City , Ancient Egypt , Jurassic Park , Far Far Away and Madagascar . After selesai sudah menikmati cara hidup di Hollywood *cewah* , kitorang decide nak pergi New York pulak and Madagascar will be the last one .

ni dia muka budak yang excited nak masuk USS , hihi . 

woahh ! ni roller coaster Sci - Fi City . Kecut perut okay tengok manusia - manusia dekat atas tu -.- hee , first first aku lah orang yang paling teruja nak naik benda alah ni tapi bila sampai je depan benda pusing - pusing ni , terus geleng kepala tak mau naik , kihkihkih . 

ni dia New York City Yellow Cab . So , apa macam ? sakit mata tak tengok warna cab ni ? haha :P

ni pula Transformers The Ride . semangat dah nak masuk situ , tup tup , abang hensem yang jaga game tu kata , ada technical problem , sob sob T.T 

hee , sampai sudah di Ancient Egypt . Kitorang sampai dekat situ around 12 p.m macam tu , memang time tu rasa macam ada dekat Egypt lah , haha . 

Revenge Of The Mummy ! Ehem , hensem kan mamat di atas , tergoda aku tau :') tapi , mamat di atas ni saja yang hensem , mummy yang dekat dalam tu sangat lah buruk dan kejam , heh . Taknak ingat lagi dah apa yang jadi time main roller coaster dekat dalam tu , dah lah gelap , ada muka mummy mummy yang sangat lah kejam , then roller coaster tu sangat lah menyeramkan , haha . Hah , bagi sesiapa yang penakut macam aku , aku nasihatkan korang tak payah lah main , hahaha -.-

haa , ni lah dia muka budak penakut berani tu , hikhik . 

Lepas main roller coaster dalam Revenge Of The Mummy , kitorang pergi pulak  main Treasure Hunters . Heh , bosan gila dekat situ , tunggu punya lah berjam jam , tapi round dengan kereta mesin tu 10 minit je -..- Hah , Treasure Hunters ni memang sesuai untuk budak - budak , so , siapa yang rasa diri dia tu budak - budak main lah tau :P


 tengok tu , bosan bosan pun , boleh senyum lagi tau :p

Then , pergi pula dekat The Lost World ataupun nama famous amos dia Jurassic Park . Time dekat sini , perutku dah mula mendendangkan lagu rock , hua hua hua :D



bila dah lapar nampak makanan apa pun mesti kita kata sedap , sama lah macam aku ni hah . Dekat Malaysia , aku tak suka makan nachos ni but dekat Singapore main telan aje , haha .

comel kan anak dino yang baru menetas ni ? hahaha :P

Yang bawah ni pula , gambar dekat Far Far Away Castle . Woot Woot , Shrek and Princess Fiona <3



Lepas pergi tengok show Donkey dekat Far Far Away tu , kitorang patah balik pergi Jurassic Park sebab nak tengok live show dalam WaterWorld . Best okay show dekat situ , show yang terbaik dalam banyak banyak show yang aku tengok dalam USS ni . Kedebabom sini , kedebabom sana , hee :) Oh ya , nak bagitau ni , dalam stadium tu , tempat duduk dia terbahagi kepada dua , tempat duduk yang dekat bawah tu splash zone , so , if korang nak mandi free , duduk lah dekat situ ;) 












Habis sudah show dekat WaterWorld , so , jom masuk balik Far Far Away tengok Shrek 4D Adventure . Hee , yang ni pun terbaik jugak . 


After tengok Shrek 4D Adventure , hari pun dah malam , matahari pun dah terbenam dah . So , jalan cepat cepat pergi Madagascar . Dekat Madagascar ni pula , kitorang naik indoor boat . Hahaha , rasa macam kanak - kanak riang pula bila naik boat ni sebab dalam tu ada watak - watak Madagascar yang menyanyi dan menari -.- Oh yeah , dekat situ , aku dapat jumpa semua maskot maskot Madagascar , Alex ada , Gloria ada , King Juliens ada , Marty ada , yang 4 Penguins tu pun ada jugak *hee , kantoi pulak aku layan cerita Madagascar *




Okayy , hari pun dah malam . So , kitorang pun pergi lah Hollywood Street semula :) dekat situ , kitorang jumpa maskot Woody WoodPecker , Franky and Kung Fu Panda . So , apalagi , tangkap gambar lah kan , hee .



Okay done ! Overall USS ni memang best , semua games and live show aku tengok except for Tranformers The Ride , Dino Soarin , games yang memerlukan additional fee and ada lah game - game yang lain :) Hah , dah tengok semua gambar gambar tu kan ? now , percaya tak kitorang duduk dalam USS tu dari pagi sampai lah malam ? Haa , percaya dah kan , good boy and good girl , haha :D


3 comments:

Anonymous said...

percaye3 hehehhh :)

NurulFiqa said...

haha , good girl ;)

miss_safia said...

seronoknye g singapore.... (: