Hijrah . . .

Hello and Assalamualaikum :D

Salam Maal Hijrah buat adik , kakak , abang , makcik dan pakcik blogger yang molek molek sekalian :) 

Dah makan ? dah minum ? mestilah dah kan . So , apa yang penting sekarang ni , korang semua ni dah baca doa akhir tahun dengan doa awal tahun ke belum ? hah , cepat jawab :P dah ! betul ni dah ? okayy , good ;D 

So , kepada awak awak yang molek molek ni yang belum baca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun , ni hah ada saya bagi dalam entry ni . So , rajin rajin kan lah mulut korang tu untuk membaca doa tu nanti  , tak salah pun kalau baca , lagi dapat pahala berlipat ganda ada ;) 

Harini hari Sabtu , 26 November 2011 bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1432H dan esok pula , bermulanya awal muharram iaitu 1 Muharram 1433H yang jatuh pada hari Ahad , 27 November 2011 . Maka , bermula lah Tahun Baru Islam dan tinggal lah segala kenangan yang terpahat di hati kita semasa 1432H . Alhamdulillah sebab kita semua still diberi nyawa untuk terus hidup di muka bumi ni :) 

Jadi , apa azam korang ? apa yang korang ingin hijrah kan ? mesti ada , right ? :) hah , tak kiralah apa yang korang azam kan , apa yang korang ingin hijrah kan sebab orang yang mempunyai niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik , dia lah orang yang berjaya . 

Okay , sebelum tu , ni ada doa akhir tahun dan juga doa awal tahun . jadi , baca lah doa tu ya ? :) 

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun 


Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

4 comments:

Nurina Izzati said...

salam maal hijrah 1433 ^^

cardiacku said...

aamiin..aamiin doanya sahabat....
Selamat Tahun Baru 1433 H.
Salam persahabatan dari Indonesia

M Fizan said...

semoga tahun baru lebih bermakna..salam maal hijrah..:)

NurulFiqa said...

@Nurina Izzati : salam maal hijrah jugak :)

@cardiacku : salam persahabatan and salam maal hijrah :)

@M Fizan : amin ya rabbal alamin . salam maal hijrah too :)