Nak Merokok Lagi ?

Hello and Assalamualaikum :D

Tahukah anda bahawa otak burung unta lebih kecil dari matanya ? Tahu dah ? Bagus .

Tahukah anda bahawa seorang manusia yang menghisap berpuluh - puluh batang rokok dalam masa dopuluhempatjamsehari , tigaratusenampuluhhari mampu menjadi seorang pembunuh tanpa disedarinya ? Ops , sorry . tapi kan , betul apa seorang perokok yang hebat mampu menjadi seorang pembunuh yang amat digeruni oleh manusia yang tak kenal erti menghisap rokok dan apa nikmatnya menghisap rokok , hee :)

Dalam sebatang rokok tu mengandungi berpoloh ribu bahan kimia yang boleh merosakkan organ dalaman kita , tau ? dalam rokok tu ada tar , ammonia and macam - macam bahan kimia yang membahayakan lagi lah :) tak percaya ? haa , cuba tengok kandungan dekat kotak rokok tu . Eh , ada ke ? rasa macam tak ada je -..- hah , kalau takda cuba minta tolong dekat pakcik google carikan apa kandungan dalam sebatang rokok , kalau pakcik google tak mampu cari , cuba lah berlari beribu - ribu meter untuk berjumpa dengan orang yang mencipta rokok ni , hua hua hua :P

Mm , korang semua mesti dah tau kan yang merokok tu boleh permudahkan kita untuk mendapat penyakit kanser mulut , sakit paru - paru , gangren and yang paling menyedihkan sekali boleh lahirnya seorang bayi yang tak cukup umur dan juga tak cukup sifat :) korang nak ke dapat penyakit - penyakit yang macam ni ? korang nak ke anak korang nanti lahir tak cukup sifat akibat daripada habit korang yang suka sangat hisap benda yang memudaratkan kesihatan tu ? mesti tak nak kan ? so , apa lagi , cuba lah berhenti menghisap rokok tu .

Hmm , ramai yang kata nak berhenti merokok tu susah . betul ke susah atau korang yang merokok ni saja je cakap macam tu ? tak kiralah apa sebabnya tapi yang sebenarnya kalau korang berusaha sedaya upaya nak jauhi rokok tu , korang boleh je berjaya hindarkan diri daripada merokok lagi  , betul tak ? :) Genggam bara api biar sampai jadi arang tau ? hee :)

Anyway , dekat bawah ni ada satu video . Aku jumpa video ni masa main awwcak awwcak dengan facebook , haha . Nak tau tak video ni mengisahkan pasal apa ? jom lah tengok .


Dah tengok dah ? Tahniah ! Nah , flying kiss untuk awak :D so , ada rasa macam nak berhenti merokok tak ? kalau ada , baguslah :) tengok , orang lain yang merokok , orang lain yang dapat penyakit and mati , sebab tu lah tadi aku kata seorang perokok yang hebat mampu menjadi seorang pembunuh tanpa disedarinya .

Err , sebelum tu , minta maaf beribu - ribu maaf kalau ada yang terasa tapi kisah apa aku :P ni untuk kebaikan korang yang ketagih dengan rokok jugak kan ? hee :) jom ramai - ramai katakan tidak pada rokok , hikhik . Oh ya , lagi satu , lepas ni jangan lah merokok dekat tempat - tempat awam lagi ya terutamanya dekat kedai - kedai makan sebab orang datang kedai makan nak makan and minum bukannya cari penyakit yang dibawa oleh seorang perokok dari asap rokoknya .

Terima kasih :)




6 comments:

MTM said...

hai fiqa!


jemput2 singgah ke page Vintageyee ye!ada byk necklace and bracelet vintage style yng sangat rare. page saye page baru bukak semalam..jadi, jemput2 la untuk memeriahkan lg ye, boleh tekan like kalau suke =)

https://www.facebook.com/pages/Vintageye/240743662661124

Akmal Khalidah said...

Dulu ayah saya merokok gak,tapi lepas pegi haji, dah berhenti dah :) Alhamdulillah =)

HaLuNa ReTrO said...

erkk..sebenarnye perokok nie tahu yg rokok tu memudaratkan..tpi still gak x nk berenti..na tau knape..??ok sy bagi tau..dyeowg akan rase ade bende yg x lengkap n ader jerk benda yg x kena klw x hisap rokok nih..anyway, bkn ketagih ke ape..just na completekn bende yg x complete..ok sy fham perasaan owg lain..sy smoking..sy cuba x smoke kt tempat awam k..nice entry..=P

NurulFiqa said...

Akmal Khalidah : oh ye ke ? alhamdulillah :)

HaLuNa ReTrO : err , okay . actually , memang dah tau dah if someone tu dah start merokok , memang dia akan rasa hidup dia tak complete but err . . haha , okay , goodluck ya and sorry if ada terasa ke apa :)

ZiRa :) said...

eh dlm video ni semua kwn2 kakak aku. yg paling familiar muaz n anas haslan tu. kakak aku ckp dorg baru je lagi buat vid ni :) eh org lain komen psl rokok, aku komen psl org yg buat video..hehe btw nice entry :3

NurulFiqa said...

hihi , tau . aku kenal yang muaz and anas tu je , yg dua lagi tu tak , hee :) rasanya kan yg muaz tu dulu cam kurus sikit , bila tengok dlm vid ni cam dh makin omey pulak , haha . oh , dorg buat this video untuk apa eh ? hee , mekacih :)